Assakamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sudah lama tidak menulis di ruangan maya ini. Tersedar bahawa banyak tahun yang telah berlalu. Bila diselak lembaran maya ini, barulah ku sedari, laman ini telah di tinggalkan sejak Ogos tahun lalu. Malang sekali, terlalu banyak dari kehidupan kita yang hanya terkubur di dalam memori peribadi. Berapa hari lagi, tahun baru akan dijengah. Entah berapa tapak lagi harus dilangkah. Berapa banyak bekal yang harus di bawa ke tahun hadapan? Bertumpuk2 persoalan masa depan...jalan manakah yang harus dipilih...harus aku menjadi aku sahaja atau harus aku bertukar menjadi yang lain? Harus aku melangkah ke laluan yang kanan atau yang di kiri? Huh! Sebanyak2 ini masa, pagi...petang dan malam...jawapan ku masih tiada walaupun di dalam mimpi.
Waku ini, fikiranku masih tidak betah untuk berhenti. Apakah yang terbaik untuk ku lakukan nanti. Dan satu perkara yang ku pasti, aku BERUSAHA untuk memikirkan persoalan2 ini... Seperti juga Rasulullah dan paa sahabatnya. Mereka tidak betah untuk terus memperjuangkan pendirian dan prinsip mereka dengan hanya biar diri terus-terus di hini dan dan di buli oleh golongan Kafir Quraish pada ketika itu. Mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke Madinah. Segala-galanya berubah setelah penghijrahan mereka itu. Mereka mendapat sinar dan harapa baru. Mereka mampu untuk mengatur strategi kehidupan yang mereka idamkan, asal sahaja ianya berlandaskan ISLAM.
Idea untuk melunaskan impian-impianku yang hanya terkubur pada waktu sekolah menengah muncul kembali. Di umur yang ku kira sudah matang ini, aku mengambil keputusan untuk menyelesaikan beberapa perkara yang harus aku lakukan di tahun hadapan. Sekiranya aku masih di semesta 5 pengajian Diploma dahulu, aku pastinya adalah seorang yang ceria dan penuh bersemangat. Bila diselidiki kembali, semangat2 itu adalah kuasa pendorong untuk menjadikan siapa aku yang sekarang. Terima kasih pada dua temanku pada waktu itu, yang selalu sahaja bersama-sama menyokongku dari belakang.
SENARAI TAHUN 2012
1. Berusaha dan BERUSAHA KERAS untuk mendekatkan diri kepada ALLAH
2. Laluan ini harus JELAS. Oleh itu, aku HARUS mencari yang ahli dalam ARUS ini.
3. Harus sentiasa muda! ^_^
4. Sempurnakan 1 impian ke 1 impian yang lain
5. BEKERJA KERAS!