Thursday, March 01, 2012

Melihat Masa Depan Pemimpin Bangsa




Apakah definisi terbaik yang dapat kita letakkan pada "BAKAL PEMIMPIN" bangsa? Pelbagai respon yang akan kita perolehi daripada persoalan ini. Ya, mungkin ada yang mengatakan, yang terbaik itu haruslah punya kepandaian yang hebat, genius (mungkin). Perlu ada karisma, mempunyai kepandaian banyak bahasa...hmmm apa lagi ya? Mungkin anda punya jawapannya.

Menjadi guru dalam beberapa waktu yang singkat ini menyedarkan saya, begitu payahnya guru cuba dan terus mencuba untuk memberikan sebanyak ilmu. Begitu guru-guru berusaha untuk membantu anak-anak didiknya meju dan terus maju. Melihat anak2 yang bermain2 dengan penutup botol air(menggantikan bola sepak) di belakang kelas membuatkan saya mengeluh. Mengapa sukar untuk saya mendekati anak2 ini untuk menerima ilmu asas yang sepatutnya diketahui. Hmm..mungkin juga, itu adalah imej ataupun label anak2 yang kurang sedikit kecekapannya di dalam mata pelajaran.

Saya berfikir lagi. Apa lah nak jadi dengan anak2 ini nanti. Bukan kebanyakan dari mereka ini datangnya dari golongan orang2 yang senang.

Tapi...
bila difikirkan kembali. Saya tak seharusnya berfikiran sebegitu. seorang guru "sementara" seperti saya ini seharusnya menggunakan peluang yang sedikit ini untuk menggalakkan anak2 ini mencari pengertian hidup. Mencari kehendak dan cita2 mereka. Agar suatu hari nanti, mereka akan menjadi "SESEORANG" yang kita tidak tersangka kan. Paling tidak, mungkin mereka akan menjadi PEMIMPIN di dalam keluarga mereka .Dan dengan keterbatasan waktu sebagai guru "sementara" ini,ustazah teacher doakan anak2 ustazah teacher menjadi anak2 soleh yang bakal menerajui pelbagai bidang yang munkin tidak pernah diajarkan di SEKOLAH.

Dan...
Definisi yang TERBAIK bagi PEMIMPIN adalah.
PEMIMPIN yang punya karisma seperti RASULULLAH.Hatinya luhur, Akhlaknya BUDI. Maafnya di BIBIR. Sahabat itulah KEKUATAN. AL QURAN itulah PANDUAN. DAN ALLAH lah kekasih hingga mati.

Ada lagi ke PEMIMPIN luar biasa seperti ini di luar sana?