Saturday, February 25, 2012

CERPEN: Villa Antonio



BAHAGIAN 1

"Adward!"
"Adward!". pintu itu diketuk sekuat-kuatnya. bunbung bilik bawah tanah yang terus sahaja tembus ke puncak menara itu sememangnya terbuka. Hujan semakin lebat membasahi Gonzales. Entah bagaimana, Adward telah mengunciannya di situ. Perasaan kesal, hampa dan sedih bercampur baur. Jika itu kehendak Adward, dia rela mati di situ. Biarlah...biarlah tubuhnya mereput bersama-sama rumah usang itu. "Adward!", esakkannya tenggelam dibawa arus hujan yang kini menimpanya.

2 HARI LEPAS

Adaward memasuki ruang kamar Antonio Abraham. Beberapa lukisan tingagalan pelukis-pelukis terkenal di Zaman Raja Louis XVI tergantung di bilik yang dilengkapi perabot berwarna merah hati . Ukiran-ukiran yang terlakar pada bingkai tingkap yang diperbuat daripada emas menambah sentuhan mewah dekorasi Eropah di kamar bapanya itu.

Hari ini, telah sebulan Antonio Abraham meninggalkan pentas okestra. Meninggalkan dunia glamor yang selama ini dikecapinya itu. Meninggalkan sisa harta yang dikatakan tersembunyi di sekitar Villa Antonio. Sebulan yang lepas, kecoh dikhabarkan mengenai kematian seorang konduktor yang berasal dari Austria. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar buat industri muzik klasik sekitar Eropah.

Adward mendekati sebuat foto besar Antonio Abraham yang tersergam di suatu sudut bersebelahan dengan almari buku-buku bapanya itu. Adward tersenyum. "Ayah dah mati, akhirnya...", Adward menarik nafas lega. Helaan nafas yang dihembusnya seolah-olah analogi kepada sebuah kebebasan. Adward menjengah kepalanya ke luar jendela. Dari situ, dia dapat melihat ruangan kamar Gonzales. Mungkinkah kini, abangnya itu nyenayk dibuai mimpi? Ya, mungkin saja. Mungkin juga, Gonzales sudah melemparkan baton konduktornya ke dalam bakul sampah. Kematian Antonio Abraham merupakan kunci kebebasan bagi kedua-dua adik beradik ini.Kebencian yang sudah lama terkunci di hati mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pernah dia terdetik, mungkinkah mereka hanyalah anak pungut yang terpaksa dijaga oleh Antonio Abraham?

"Temponya salah!"
"Tiada makan malam sehingga kau selesai memperbetulkan kebodohan kau!",
"Ulang sekali lagi!"

Jerkahan-jerkahan sebegitu terngiang-ngiang di telinganya. Itu sahajakah ingatan yang ditinggalkan Antonio Abraham kepada mereka berdua? ya, hanya ingatan sebegitu yang tinggal.

Adward menghampiri almari buku besar yang mengandungi sejumlah besar manuskrip-manuskrip skor-skor terkenal daripada komposer-komposer muzik klasik seperti Mozart, Chopin dan Beethovan. Matanya tertancap pada sebuah ensiklopedia mengenai Rachmaninov. Buku itu ditarik keluar. Almari yang besar itu tiba-tiba bergerak. Dek kerana terkejut, Adward melompat kebelakang sambil memerhatikan almari yang besar itu berpusing. Apakah ini? Rahsia? Harta? Amari itu akhirnya berhenti dan membuka laluan kepada sebuah pintu yang membawanya ke sebuah bilik rahsia.

HARI INI

Gelap. Langit kelihatan muram. Angin petang menghembus dedaunan kering yang berhimpun di bawah peohonan Maple. Hening petang yang semakin menghampiri senja kelihatan hitam dek kerana dilindungi awan-awan berat yang kelabu. Antonio Gonzales menyelak langsir berat yang menutupi tingkap kacanya yang panjang. Pemandangan di luar Villa Antonio seakan-akan disihir. Cepat-cepat dia menyentap langsir itu apabila melihat sambaran petir yang berlalu menuju ke arah utara.

Gonzales menghampiri piano yang terletak di suatu sudut khas yang menempatkan piannya yang berwarna putih emas itu.Dalam keadaan longlai dia menghenyakkan punggungnya di kerusi. bilah-bilah piano ditenungya. Seketika itu juga, jarinya mula mengalunkan lagu ciptaan Beethovan, simfoni nombor 31. Alunan syahdu yang meruntun perasaan pendengarnya mula melingari kawasan pesekitaran Villa tua itu.

Sentuhan piano Gonzales seolah-olah meresap ke dalam dirinya. Keasyikan alunan muzik sedih itu tururt mempengaruhi tubuhnya untuk sama-sama meluahkan maksud yang terkandung di dalam lagu tersebut.

Ttok...ttok...ttok...
Alunan muzik sepi terhenti. Gonzales bingkas mendekati pintu.
"Oh, kamu...", ujar Gonzales lemah. Lelaki itu tersengih. Senyuman itu jelak itu mengandungi maksud sindiran yang dalam.

No comments: