Friday, December 16, 2005

Pilianraya...pilihanraya....

Assalamualaikum,
Sejak dh beraya lupa pulak nak post citer terbaru! tapi kali ni aku ader citer baru ;p... he..he.. baru2 ni kuis ader wat pilihnraya kampus sebab mpp dah dibubarkan. So, dgn kekuatan yg ader d + ngn semgt+pengalaman= aku amik keputusn utk b'tnding bg kerusi umum. But how pity, aku x dapt di calonkan...(4 me it was a great experience!) ader senior ckp yg aku n t'lalu muda utk pegang jawatan n. yelah kan baru sem 2 msti ramai yg nk vote senior( yg lbh pglamnnya kn!). lagi satu yg ramai mng pljar lelaki( kan pompuan ramai yg vote dorang...i thought) But one thing i will coming sooonnnnnn, ofcourse in sem 4! perjuangn ku harus d bkti kn dgn kejayaan slps m'hadap kekalahn. I'll proof it soon...
That's all 4 today.

Tuesday, November 15, 2005

Ramadhan dan Aidilfitri

Assalamualaikum.......
Puasa selama sebulan memang memberi banyak cabaran. dapat puasa kat kampung pun dalam seminggu terakhir. tak mcm dulu kalau sebulan pose selama tu jugak duk kat kampung. kampung aku kat lenggeng n.s (ha... sape tau?)Dlm seminggu kat kg tu tolong lh mama(mak long) wat bahulu ngn kek(kek coklet, oren, rampai,pisang). kalau nk wat bskut dh x leh sbb mama dh buat dlm masa sblm seminggu terakhir tu. Alhamdulillah lah sebab bskut leceh nak buat. so, aku tlg lah mama wat bahulu ngn kek bukan skit2 byk tau! sbb kitorang jual kt psr beranang .oven yg kitorang guna2 pun leh muat 3 org! so , raye p'tama kat kg ayah(lenggeng). tiap2 thn pun cam2 yelah kg ibu dekat je (kat hulu langat). petang2 pegi lah blk kg ibu lak.rayer thn ni x d p yg istimewa sbb mlm rayer p'tm tu jugak kami ank berank blk umah kat marang(t'ganu). kat sna ayah bukak 2 buah mini market so x nk lah lps kan peluang bukak kdai.Kuis cuti 2 minggu j so, 14/11 aku dh mula kuliah. sabtu ni angah nak wat umah terbuka untuk hurriyatul jannah(x sbr rase ny nk jumpa sume). so, that's all my story during aidilfitri. Salam lebaran dariku buat semua....

Wednesday, October 12, 2005

welcome new semester!!!

selamat kembali pada semua...
hari ni tak de nak cite ape2 . just nak cakap x sbr2 rasanya masuk sem kedua ni. dengan azam dan semangat baru( hopefully dapatlah dekan sem ni) . sem ni mgkn bg byk kenangan. semua ahli 2 hj dah masuk sini. tak de lah nak rindu2 sgt cam selalu kan! kpd ahli hj yang lain teruskan perjuangan kalian.

Saturday, September 03, 2005

minggu final exam

assalamualikum..........
minggu ni sibuk lah gak. nak kalut2 baca buku kan. saya ada lagi 2 exam tak lepas lagi. so derita ku masih belum sembuh. pastu dalam dok kalut2 nak wat exam adik ngan adik sepupu sibuk suruh buat sajak ngan syarahan kemerdekaan . malam tadi kul 3 baru tido nak siapkan diorang punye keje. tulah yang malas kalu dah jadi kakak misali ni kan!:)
tu je untuk hari ni.
wassalam.....

Wednesday, August 31, 2005

Kemerdekaan



Dah lama tak jenguk blog ni. Rasa rindu sangat!!
Hari ni nak cerita pasal kemerdekaan, walaupun semalam kita merdeka. Seperti yang semua sedia maklum Malaysia menyambut kemerdekaan tiap-tiap tahun. Tapi satu perkara yang kita masih belum merdeka! ( jati diri dan sikap kita sendiri) sedar tak sedar kita sebenarnya dah terpengaruh dengan kebudayaan barat dan menjauhkan diri daripada kebudayaan sendiri. Dan setiap tahun juga ketika kita sama-sama menunggu tepatnya jam 12 malam (31 ogos) banyak diantara remaja kita yang memerdekakan diri masing-masing dengan cara yang melanggar syariat. Dan ternyata kalau remaja hari ini ditanya mengenai Islam pasti mereka tidak dapat memberikan jawapan yang sepatutnya. Tiada siapa yang dapat mengubah diri kita selain diri kita sendiri. Kita lah yang menentukan kemana arah tuju sebenar dalam kehidupan ini. Sempena bulan kemerdekaan ini saya mngharapkan agar remaja di luar sana dapat menilai erti kemerdekaan dengan sebenar2 nya.

Sunday, August 21, 2005

SEJENAK MENGINGAT

Rasulullah S.A.W bersabda:

Sentiasalah kamu membaca Al-Quran
kerana Al-Quran itu cahaya bagi engkau dimuka bumi
dan simpanan (pahala) bagi engkau di langit
(H.R IBNU HIBAN)

Thursday, August 11, 2005

JEREBU!!!

Assalamualikum.....
harap2 semua kat luar sane tu sihat2 belaka.Yelah sekarang ni kan musin jerebu. Mungkin ini adalah salah satu bala yang Allah turunkan buat hamba yang kufur nikmat. Apa2 pun bersama2 lah kita perbaiki kelemahan dan kesalahan yang kita buat pada Yang Maha Pencipta.Bersama2 lah kita saling ingat mengingati.

saya!!!




Ini lah saya!!!
Welcome to my blog
Harap boleh bagi komentar!

Tuesday, August 09, 2005

Hakikat Bahagia



Bahagia itu dari dalam diri

Kesannya zahir rupanya maknawi

Terpendam bagai permata didasar hati

Bahagia itu ada pada hati



Bertahkta dikerajaan diri

Terbenam bagai mutiara dilautan nurani

Bahagai itu ada dijiwa

Mahkota disinggahsana rasa



Bahagia itu adalah satu ketenangan

Bila susah tiada gelisah

Bila miskin syukur pada Tuhan

Bukankah Tuhan telah berfirman

Ketahuilah dengan mengingati Allah

Jiwakan menjadi tenang



c/o

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran

Bila kaya jadi insan pemurah

Bila berkuasa amanah

Bila berjaya tidak alpa



Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan

Bila hati mengingati Tuhan

Semua insankan mengerti

Maksud terseni Ilahi

Itulah zikir yang hakiki

Monday, August 08, 2005

SAM10

Assalamualaikum ..........
Selama 3 hari saya jadi fc kat sam10, memang penat!Kat sana saya ditugaskan sebagai biro tugas-tugas khas.dan tugasnya merangkumi semua tugas biro-biro yang ada sebab kalau biro tu sibuk atau tak cukup tangan jadi saya lah yang kena jadi pembantunya.hari ni sebenarnya saya masih penat lagi.badan rasa lenguh-lenguh.kat sana pelajar memng tip-top dan agak senyap. Yelah mana taknyer diorang sume dalam satu group dihimpun kan dan tak kenal satu sama lain.saya kena conduct 11 orang satu group semuanya memang pendiam jadi kena cari cara supaya diorang tak senyap dan boleh bagi idea bagi setiap modul LDK yang diberi ketua fc.kat sana pelajar yang mengikuti kem ni ada 520 org dari form 1-form 5. semuanyer pelajar asrama.saya kesana bersama group KUIS dan kami bergabung tenaga bersama group dari matrix UIA dan ISC.Semua sekali fc yang terlibat ada dalam 80 org dan keatas.

Thursday, August 04, 2005

MINGGU YANG SIBUK!


Nampaknya minggu ni memang sibuk.Nak siapkan assingment, lepas tu minggu ni ada pulak program! Nak kena jadi fc pulak kat SAMTEN.Tak pelah kan apa2 yang kita buat kalau bermanfaat akan berguna buat diri sendiri dan orang lain. Yang pastinya jumaat, sabtu dan ahad ni pasti memberi banyak kenangan dan pengalaman baru.

Monday, August 01, 2005

HURRIYATUL JANNAH DALAM KENANGAN


Inilah ahli-ahli Hurriyatul Jannah!

Atas dari kiri:
Acue,Alang, Anjang ,Uda dan Along

Bawah dari kiri:
Ateh, Asue, Angah dan Achik

HURRIYATUL JANNAH

Nak tau pasal Hurriyatul Jannah(HJ)? Sebenarnya HJ adalah 10 orang sahabat yang sama2 belajar dekat SMATKEM (SEK.MEN.AGAMA.TLK.KEMANG PD).Kiranya senarai nama HJ kat atas adalah sahabat saya.Rasa rindu sangat dengan mereka, yelah dah lama tak jumpa kan!
So, pada u all yang terbaca tulisan ni yang kenal dengan salah seorang dari mereka ni harap u all kirimkan salam pada mereka dengan ucapan Assalamualikum.......Pada HJ harap persahabatan kita kekal selamanya.

WISHES FOR HRRIYATUL JANNAH,
Although there was a ship called TITANIC, the best ship is FRIENDSHIP.

Sunday, July 31, 2005

Ahli-Ahli Hurriyatul Jannah

ALONG:Aznyda Bashah Baharudin
ANGAH:Latifah Jamaludin
ALANG:Siti Nor Fauziatul Ahmad Puat
ATEH:Nor Anis Abdul Kadir
ACHIK:Siti Sufaira Dzulkifly
UDA:Ili Farhana Abdull Rahim
ANJANG:Nor Adila
ACUE:Hafizat Ashraf
ASUE:Norhasimah Zakaria
ADIK:Nor Ain Md Adib

About Me




Ili Farhana binti Abdull Rahim
18 Mei 1987
A mass com student in Kuis
Love Family also my friends Hurriyatul Jannah
Suka sangat dgn sastera and kesenian
Suka dgn nasyid bawah hijjaz terutamanya UNIC