Wednesday, August 31, 2005

Kemerdekaan



Dah lama tak jenguk blog ni. Rasa rindu sangat!!
Hari ni nak cerita pasal kemerdekaan, walaupun semalam kita merdeka. Seperti yang semua sedia maklum Malaysia menyambut kemerdekaan tiap-tiap tahun. Tapi satu perkara yang kita masih belum merdeka! ( jati diri dan sikap kita sendiri) sedar tak sedar kita sebenarnya dah terpengaruh dengan kebudayaan barat dan menjauhkan diri daripada kebudayaan sendiri. Dan setiap tahun juga ketika kita sama-sama menunggu tepatnya jam 12 malam (31 ogos) banyak diantara remaja kita yang memerdekakan diri masing-masing dengan cara yang melanggar syariat. Dan ternyata kalau remaja hari ini ditanya mengenai Islam pasti mereka tidak dapat memberikan jawapan yang sepatutnya. Tiada siapa yang dapat mengubah diri kita selain diri kita sendiri. Kita lah yang menentukan kemana arah tuju sebenar dalam kehidupan ini. Sempena bulan kemerdekaan ini saya mngharapkan agar remaja di luar sana dapat menilai erti kemerdekaan dengan sebenar2 nya.

No comments: