Saturday, February 25, 2012

:::Jom Diskus bersama Ustazah Teacher:::




TIRU DAN MENIRU

Kedengaran kebanyakan daripada anak-anak yang comel mengadu : Ustazah...Aiman tiru kerja saya~ Dahinya dikerutkan sambil melaung suara halus yang nyaring. Ustazah pun tersenyum lalu berkata : Tak mengapa, asalkan kamu tidak meniru ketika peperiksaan. Kerutan di dahi anak murid tahun dua itu semakin bertambah. Ustazah pun tersenyum lagi. Begini anakku, SESEORANG YANG INGIN BERJAYA AKAN MENIRU KEJAYAAN ORANG LAIN UNTUK BERJAYA.

Senario "TIRU" dan "MENIRU" ini sememangnya amat merunsingkan. Walhal kepada saya suatu ketika dahulu. Bayangkan orang yang kita "SALUTE" dan sanjung kerana mendapat A+ ataupun yang mendapat "DEAN LIST" sebenarnya mendapat pujian disebabkan hasil TIRU MENIRU INI. AMAT MENYAKITKAN HATI!!!

Bagi pendapat peribadi saya, isu TIRU MENIRU tidak menjadi masalah apabila ia terjadi sewaktu proses pembelajaran dan BUKAN sewaktu menyiapkan tugasan (assignment) ataupun peperiksaan (eg: Midterm or Final Exam). Masih saya ingati sewaktu saya di Tahun 1 pengajian tinggi, ada seorang SENIOR yang turut sama mengambil subjek yang saya kira susah untuk SKOR. SENIOR yang saya maksudkan ini seringkali mendapat markah tertinggi di dalam kelas terutamanya peperiksaan kecil2an seperti QUIZ. Subjek yang SUKAR itu sebenarnya menjadi terlalu SUKAR apabila pensyarah yang mengajar kami itu SUKAR untuk memberikan markah yang tinggi kepada kami. Markah paling tinggi yang boleh diberinya adalah "B".

Amatlah NAIF saya pada ketika itu yang menyangkakan SENIOR tadi sebenarnya mendapat markah yang tinggi disebabkan kefahamannya yang tinggi atau kebijaksanaannya yang luar biasa daripada orang lain.

DI AKHIR SEMESTER, peperiksaan akhir tahun pun bermula. Pada ketika itu, SENIOR yang saya banggakan itu berada disebelah kanan saya. Rasa begitu teruja untuk melihat bagaimana nanti SENIOR itu berjuang untuk mendapatkan yang terbaik bagi subjek tersebut.

1 jam yang pertama, dalam keadaan yang runsing untuk memikirkan jawapan kepada beberapa soalan yang saya tidak pasti jawapnnya...saya pun menoleh dan memerhatikan dalam diam pergerakan SENIOR "kebanggaan" saya itu. HUH! TIDAK DISANGKA!Dalam keadaan yang mencurigakan, saya mendapati SENIOR tadi mengeluarkan Handphone (yg sepatutnya tidak boleh dibawa ke dewan exam) dan menulis sesuatu di kertas jawapannya. Saya cuba bersikap OPTIMISTIK. Namun, OPTIMISTIK yang seringkali saya gunakan untuk menapis keraguan menjadi rapuh. SENIOR "kebanggaan" TELAH meniru di dalam peperiksaan tanpa sesiapa pun sedar!
1 perkara mengenai SENARIO TIRU MENIRU yang saya rasa amat MENJENGKELKAN adalah:

- Kebanyakan peniru2 ini tidak pernah TERTANGKAP dek kerana kePROFESIONALan mereka
- Mereka akan merasa bangga dengan kejayaan yang SEBENARNYA bukan dari hasil usaha
sendiri dengan SENYUMAN BANGGA yang meleret sampai ke telinga
- Mereka asyik mengulang KEJAYAAN yang menipu ini saban kali dan kebanyakan Pensyarah bangga dengan mereka


AkHiRun KalAm~


Tak salah kalau nak meniru ketika BELAJAR especially waktu tengah cuba memahami sesuatu mata pelajaran. TIRU lah jawapan kawan yang paling POWER pada ketika itu, agar kita mendapat FORMULA "KEJAYAANNYA" mendapatkan jawapan. If the subject is math, then try to figure out the solution steps by following your GENIUS friend. But this is only apply for learning process not in THE EXAM HALL YA, GUYS! In the exam HALL...the only things that left is your [tips and formula], your [strenghth] and your[effort]. Capailah sebanyak mana KEJAYAAN di dalam PEPERANGAN yang dipanggil PEPERIKSAAN dengan usaha sendiri. kerana apa pun yang kita dapat itulah DIA usaha yang selama ini kita kumpul untuk PERTEMPURAN. DAN BERBANGGALAH DENGAN USAHA YANG KITA RAIH ITU WALAUPUN SEDIKIT. Jerana hanya kita tahu kepayahan yang kita lalui pada ketika itu :)

1 perkara yang anda perlu tahu wahai PENIRU2 di luar sana, KEBERKATANLAH yang memberi rezeki dan SESUNGGUHNYA anda LUPA bahawa ALLAH itu MAHA MELIHAT....

No comments: