Saturday, June 02, 2012

SEMALAM, HARI INI DAN AKAN DATANG

Semalam dan semalam dan semalam...
Entah mengapa, cuba saya mencungkil dan membersihkan pita kenangan.  Namun, usaha ini nampaknya sia-sia sahaja.  Seperti selalunya, kegembiraaan hari ini yang TELAH MENJADI SEMALAM, sekelip mata sahaja akan dilupakan.  Begitu juga dengan wajah-wajah yang kita senangi, mudah sahaja kita melupakan nama mereka.  Siapa awak?  Yang mana satu eh? Hurm...tak semua kegembiraan yang lepas dapat diulang pada hari ini.  Kerana itu juga ramai yang berpendapat nikmatilah hari ini kerana kita mungkin akan melupakannya di waktu akan datang.
     Saya menyelongkar almari yang bernama FACEBOOK. Menyelongkar beberapa nama yang masih tidak kabur di catatan ingatan.  Beberapa rakan sekolah yang begitu kita kenali dan rapat telah pun melalui fasa-fasa kehidupan yang lebih baik daripada waktu lepasnya. Melalui alam kerjaya dan melalui alam berkeluarga.  Terselit perasaan cemburu apabila melihat mereka pada hari ini.  Terasa diri begitu kecil berbanding mereka.  Namun saya pasti, saya juga akan menempuh fasa yang sama di waktu AKAN DATANG.
    Beberapa kali saya menemui catatan yang seringkali menjengah minda ini sewaktu menyelongkar ALMARI yang bernama FACEBOOK.  Catatan yang begitu berinspirasi dan penuh motivasi.  Sentiasa ada sahaja idea "gadis" ini untuk memancing minat PENYELONGKAR untuk  berubah ke arah kebaikan.  Ya, diriku YANG MASIH WUJUD ini masih belum cukup baik untuk bergelar USTAZAH....Saya bangga BERSAHABAT dengan "gadis" ini!  Masih saya ingat kata-katanya dahulu : "Saya tak akan menjadi isteri orang selagi saya masih tidak sempurna pada akhlak dan pegangan saya pada agama".Terima Kasih atas peringatan itu :).  Saya juga BERUSAHA dari hari ke hari untuk MENJADI gadis SOLEHAH~
   Kepada kawan-kawan saya, TERIMA KASIH kerana banyak memberikan INSPIRASI berguna buat diri ini yang LEMAH.  Kerna itu juga saya sering beranggapan diri saya seperti HUMPTY DUMPTY di dalam filem PUSS IN BOOTS.  Katanya : I'm not an animal, I'm not even food. What am I PUSS??

No comments: