Sunday, July 29, 2012

E-KAD RAYA 2012

JOM RAYA DENGAN BERGAYA...Dapatkan e-kad raya khas buat yang tersayang. Gantikan kad raya biasa ANDA kepada yang LEBIH LUAR BIASA. E-kad raya adalah alternatif terbaru kad raya yang disampaikan melalui CD.

APA TUNGGU LAGI? DAPATKAN SEKARANG! Hanya RM5!

*Yang berminat boleh PM sy. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh view video e-kad raya di bawah...^___^



Saturday, June 23, 2012

:::NIGHTMARE:::


I should have never met him. It such a night mare when you know that, you are the only one that going through the psychics wonderland. Like being in a long dream, you keep hoping that all the wonderful feeling will lasting until the end.  It really pains me when the magic world turns into a horrible place to live.  The sky that is made by glass is being hit by a tornado and it smash into your face. Just like that, there is no more hoping.  The last thing you want is to find out the exit door.
            In this line of life path, I have been through so many tremendous meeting with people who care and love me. But not so many of them can stick with you, to listen the whole story of yours and crying together as they are in your shoes.
            Today, I’ve heard a story from a friend. It really shocked me. I should never ask the question at the first place.  If i know that the story will break me down, i would never ask. But i really want to know after so many years we’ve been apart. The conclusion of the story, i should never trust myself ever again! Nice meeting with nice people...it doesn’t work with me. So aunties...please let me do this alone. I should take care of myself. Always remember that my instinct tells me everything. I should learn from the past. But until the end, i do the same mistake.
            I’m tired! After all the chaos from my aunties...I’m now a disbeliever. The golden egg Insya- Allah will roll down into my basket. I put my trust in ALLAH, because He is the CREATOR that NEVER left His creation. ALLAHUAKBAR!!! Give me strength Ya Allah!

Friday, June 22, 2012

NAK KONGSI SATU RAHSIA

Good Morning To Every Netizen~

Hari ni saya KONGSI SATU RAHSIA kecantikan.  PETUA yang akan saya kongsikan ini sebenarnya berasal daripada salah seorang kenalan Indonesia. Menurutnya, PETUA ni kalau diamalkan boleh membantu menurunkan berat badan, mencantikkan kulit dan memberi tenaga kepada wanita yang penat bekerja seharian.

BAHAN-BAHAN BERIKUT  DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT JAMU

CARANYA:
1- Mula-mula tumbuk semua bahan diatas KECUALI gula melaka.
2. Masukkan bahan-bahan tadi  ke dalam PERIUK TANAH. Pastikan setiap bahan yang dimasukkan 
    sama beratnya antara satu sama lain.
3. Penuhkan periuk tanah dengan air.
4. Didihkan JAMU dengan api yang perlahan
5.JAMU akan masak apabila air sudah menggelegak dan baunya naik.

p/s: minum SEBELUM makan. Amalkan 3 kali sehari.

SELAMAT MENCUBA!


KHASIAT SETIAP BAHAN:

1.KUNYIT
Membantu proses penghadaman dan membantu membuang toksik (angin) di dalam badan. Melancarkan peredaran darah. Menjadi agen untuk metabolisme (bantu pecah lemak). Merawat sakit asma dan sakit-sakit sendi. Membantu melawan kanser.

2.HALIA
Meransang pengeluaran jus penghadaman. Menuetralkan asid di dalam perut. Mengurangkan sakit kepala dan migrain. 

3.ASAM JAWA
Mengurangkan kadar lemak dalam badan


Saturday, June 02, 2012

LETS TRY NEW RECEIPE: OKONOMIYAKI

OKONOMIYAKI


Have you heard about OKONOMIYAKI before? If not, let me tell you.  This is a very common dish in Japan.  Kalau tak pernah tengok jom review cerita HANAZAKARI NO KIMI TACHIE.  Dalam tuh banyak kali dorang wat OKONOMIYAKI ni. Basically, the customer will prepared the dish by them self, but the ingredients were given by the shop lah!



So, resepi ni , saya dah wat banyak kali kat rumah. SESUAI buat mereka yang nak diet!

BAHAN-BAHAN nyer adalah:

1-Tepung gandum
2-Fish Cake atau ayam atau sosej (mana-mana yang sedap nak masukkan.  Tak pun masukkan je sume)
3-Telur( kalau tak takut gemuk)
4-Kobis (dipotong halus.  Tapi tak lah halus sangat....)
5-Garam
6-Air

Di Jepun, OKONOMIYAKI ni ada banyak jenis.  So, I only show you the basic ya!

1-Bahan2 tadi tuh nasukkan, kecuali AIR dan TEPUNG.
2-Taburkan tepung secukup-cukup mengenai bahan-bahan tadi tuh sahaja.
3-Masukkan air dan biar campuran ini cair.
4-Gaul semua bahan
5-Sediakan kuali leper.  Letak sedikit minyak (sekadar berminyak sahaja, bukan sampai minyak nak goreng telur). Panaskan kuali.
6-Setelah kuali panas, masukkan satu senduk bahan tadi ke atas kuali dan biar bagi die rata.
7-Setelah masak, angkat dan SEDIA dimakan!!!

SESUAI DI MAKAN DENGAN SOS DAN MAYONIS.

ps: My mom said, "La...ni macam lempeng BERLAUK lah ni!  Orang Melayu pun ada buat"... hurrm! :(

SEMALAM, HARI INI DAN AKAN DATANG

Semalam dan semalam dan semalam...
Entah mengapa, cuba saya mencungkil dan membersihkan pita kenangan.  Namun, usaha ini nampaknya sia-sia sahaja.  Seperti selalunya, kegembiraaan hari ini yang TELAH MENJADI SEMALAM, sekelip mata sahaja akan dilupakan.  Begitu juga dengan wajah-wajah yang kita senangi, mudah sahaja kita melupakan nama mereka.  Siapa awak?  Yang mana satu eh? Hurm...tak semua kegembiraan yang lepas dapat diulang pada hari ini.  Kerana itu juga ramai yang berpendapat nikmatilah hari ini kerana kita mungkin akan melupakannya di waktu akan datang.
     Saya menyelongkar almari yang bernama FACEBOOK. Menyelongkar beberapa nama yang masih tidak kabur di catatan ingatan.  Beberapa rakan sekolah yang begitu kita kenali dan rapat telah pun melalui fasa-fasa kehidupan yang lebih baik daripada waktu lepasnya. Melalui alam kerjaya dan melalui alam berkeluarga.  Terselit perasaan cemburu apabila melihat mereka pada hari ini.  Terasa diri begitu kecil berbanding mereka.  Namun saya pasti, saya juga akan menempuh fasa yang sama di waktu AKAN DATANG.
    Beberapa kali saya menemui catatan yang seringkali menjengah minda ini sewaktu menyelongkar ALMARI yang bernama FACEBOOK.  Catatan yang begitu berinspirasi dan penuh motivasi.  Sentiasa ada sahaja idea "gadis" ini untuk memancing minat PENYELONGKAR untuk  berubah ke arah kebaikan.  Ya, diriku YANG MASIH WUJUD ini masih belum cukup baik untuk bergelar USTAZAH....Saya bangga BERSAHABAT dengan "gadis" ini!  Masih saya ingat kata-katanya dahulu : "Saya tak akan menjadi isteri orang selagi saya masih tidak sempurna pada akhlak dan pegangan saya pada agama".Terima Kasih atas peringatan itu :).  Saya juga BERUSAHA dari hari ke hari untuk MENJADI gadis SOLEHAH~
   Kepada kawan-kawan saya, TERIMA KASIH kerana banyak memberikan INSPIRASI berguna buat diri ini yang LEMAH.  Kerna itu juga saya sering beranggapan diri saya seperti HUMPTY DUMPTY di dalam filem PUSS IN BOOTS.  Katanya : I'm not an animal, I'm not even food. What am I PUSS??

Thursday, April 19, 2012

VIDEO

NEW VID OF AKMALUL HIDAYAH http://www.youtube.com/watch?v=lb3zefTcdhQ

Thursday, March 01, 2012

Melihat Masa Depan Pemimpin Bangsa




Apakah definisi terbaik yang dapat kita letakkan pada "BAKAL PEMIMPIN" bangsa? Pelbagai respon yang akan kita perolehi daripada persoalan ini. Ya, mungkin ada yang mengatakan, yang terbaik itu haruslah punya kepandaian yang hebat, genius (mungkin). Perlu ada karisma, mempunyai kepandaian banyak bahasa...hmmm apa lagi ya? Mungkin anda punya jawapannya.

Menjadi guru dalam beberapa waktu yang singkat ini menyedarkan saya, begitu payahnya guru cuba dan terus mencuba untuk memberikan sebanyak ilmu. Begitu guru-guru berusaha untuk membantu anak-anak didiknya meju dan terus maju. Melihat anak2 yang bermain2 dengan penutup botol air(menggantikan bola sepak) di belakang kelas membuatkan saya mengeluh. Mengapa sukar untuk saya mendekati anak2 ini untuk menerima ilmu asas yang sepatutnya diketahui. Hmm..mungkin juga, itu adalah imej ataupun label anak2 yang kurang sedikit kecekapannya di dalam mata pelajaran.

Saya berfikir lagi. Apa lah nak jadi dengan anak2 ini nanti. Bukan kebanyakan dari mereka ini datangnya dari golongan orang2 yang senang.

Tapi...
bila difikirkan kembali. Saya tak seharusnya berfikiran sebegitu. seorang guru "sementara" seperti saya ini seharusnya menggunakan peluang yang sedikit ini untuk menggalakkan anak2 ini mencari pengertian hidup. Mencari kehendak dan cita2 mereka. Agar suatu hari nanti, mereka akan menjadi "SESEORANG" yang kita tidak tersangka kan. Paling tidak, mungkin mereka akan menjadi PEMIMPIN di dalam keluarga mereka .Dan dengan keterbatasan waktu sebagai guru "sementara" ini,ustazah teacher doakan anak2 ustazah teacher menjadi anak2 soleh yang bakal menerajui pelbagai bidang yang munkin tidak pernah diajarkan di SEKOLAH.

Dan...
Definisi yang TERBAIK bagi PEMIMPIN adalah.
PEMIMPIN yang punya karisma seperti RASULULLAH.Hatinya luhur, Akhlaknya BUDI. Maafnya di BIBIR. Sahabat itulah KEKUATAN. AL QURAN itulah PANDUAN. DAN ALLAH lah kekasih hingga mati.

Ada lagi ke PEMIMPIN luar biasa seperti ini di luar sana?

Saturday, February 25, 2012

:::Jom Diskus bersama Ustazah Teacher:::




TIRU DAN MENIRU

Kedengaran kebanyakan daripada anak-anak yang comel mengadu : Ustazah...Aiman tiru kerja saya~ Dahinya dikerutkan sambil melaung suara halus yang nyaring. Ustazah pun tersenyum lalu berkata : Tak mengapa, asalkan kamu tidak meniru ketika peperiksaan. Kerutan di dahi anak murid tahun dua itu semakin bertambah. Ustazah pun tersenyum lagi. Begini anakku, SESEORANG YANG INGIN BERJAYA AKAN MENIRU KEJAYAAN ORANG LAIN UNTUK BERJAYA.

Senario "TIRU" dan "MENIRU" ini sememangnya amat merunsingkan. Walhal kepada saya suatu ketika dahulu. Bayangkan orang yang kita "SALUTE" dan sanjung kerana mendapat A+ ataupun yang mendapat "DEAN LIST" sebenarnya mendapat pujian disebabkan hasil TIRU MENIRU INI. AMAT MENYAKITKAN HATI!!!

Bagi pendapat peribadi saya, isu TIRU MENIRU tidak menjadi masalah apabila ia terjadi sewaktu proses pembelajaran dan BUKAN sewaktu menyiapkan tugasan (assignment) ataupun peperiksaan (eg: Midterm or Final Exam). Masih saya ingati sewaktu saya di Tahun 1 pengajian tinggi, ada seorang SENIOR yang turut sama mengambil subjek yang saya kira susah untuk SKOR. SENIOR yang saya maksudkan ini seringkali mendapat markah tertinggi di dalam kelas terutamanya peperiksaan kecil2an seperti QUIZ. Subjek yang SUKAR itu sebenarnya menjadi terlalu SUKAR apabila pensyarah yang mengajar kami itu SUKAR untuk memberikan markah yang tinggi kepada kami. Markah paling tinggi yang boleh diberinya adalah "B".

Amatlah NAIF saya pada ketika itu yang menyangkakan SENIOR tadi sebenarnya mendapat markah yang tinggi disebabkan kefahamannya yang tinggi atau kebijaksanaannya yang luar biasa daripada orang lain.

DI AKHIR SEMESTER, peperiksaan akhir tahun pun bermula. Pada ketika itu, SENIOR yang saya banggakan itu berada disebelah kanan saya. Rasa begitu teruja untuk melihat bagaimana nanti SENIOR itu berjuang untuk mendapatkan yang terbaik bagi subjek tersebut.

1 jam yang pertama, dalam keadaan yang runsing untuk memikirkan jawapan kepada beberapa soalan yang saya tidak pasti jawapnnya...saya pun menoleh dan memerhatikan dalam diam pergerakan SENIOR "kebanggaan" saya itu. HUH! TIDAK DISANGKA!Dalam keadaan yang mencurigakan, saya mendapati SENIOR tadi mengeluarkan Handphone (yg sepatutnya tidak boleh dibawa ke dewan exam) dan menulis sesuatu di kertas jawapannya. Saya cuba bersikap OPTIMISTIK. Namun, OPTIMISTIK yang seringkali saya gunakan untuk menapis keraguan menjadi rapuh. SENIOR "kebanggaan" TELAH meniru di dalam peperiksaan tanpa sesiapa pun sedar!
1 perkara mengenai SENARIO TIRU MENIRU yang saya rasa amat MENJENGKELKAN adalah:

- Kebanyakan peniru2 ini tidak pernah TERTANGKAP dek kerana kePROFESIONALan mereka
- Mereka akan merasa bangga dengan kejayaan yang SEBENARNYA bukan dari hasil usaha
sendiri dengan SENYUMAN BANGGA yang meleret sampai ke telinga
- Mereka asyik mengulang KEJAYAAN yang menipu ini saban kali dan kebanyakan Pensyarah bangga dengan mereka


AkHiRun KalAm~


Tak salah kalau nak meniru ketika BELAJAR especially waktu tengah cuba memahami sesuatu mata pelajaran. TIRU lah jawapan kawan yang paling POWER pada ketika itu, agar kita mendapat FORMULA "KEJAYAANNYA" mendapatkan jawapan. If the subject is math, then try to figure out the solution steps by following your GENIUS friend. But this is only apply for learning process not in THE EXAM HALL YA, GUYS! In the exam HALL...the only things that left is your [tips and formula], your [strenghth] and your[effort]. Capailah sebanyak mana KEJAYAAN di dalam PEPERANGAN yang dipanggil PEPERIKSAAN dengan usaha sendiri. kerana apa pun yang kita dapat itulah DIA usaha yang selama ini kita kumpul untuk PERTEMPURAN. DAN BERBANGGALAH DENGAN USAHA YANG KITA RAIH ITU WALAUPUN SEDIKIT. Jerana hanya kita tahu kepayahan yang kita lalui pada ketika itu :)

1 perkara yang anda perlu tahu wahai PENIRU2 di luar sana, KEBERKATANLAH yang memberi rezeki dan SESUNGGUHNYA anda LUPA bahawa ALLAH itu MAHA MELIHAT....

CERPEN: Villa Antonio



BAHAGIAN 1

"Adward!"
"Adward!". pintu itu diketuk sekuat-kuatnya. bunbung bilik bawah tanah yang terus sahaja tembus ke puncak menara itu sememangnya terbuka. Hujan semakin lebat membasahi Gonzales. Entah bagaimana, Adward telah mengunciannya di situ. Perasaan kesal, hampa dan sedih bercampur baur. Jika itu kehendak Adward, dia rela mati di situ. Biarlah...biarlah tubuhnya mereput bersama-sama rumah usang itu. "Adward!", esakkannya tenggelam dibawa arus hujan yang kini menimpanya.

2 HARI LEPAS

Adaward memasuki ruang kamar Antonio Abraham. Beberapa lukisan tingagalan pelukis-pelukis terkenal di Zaman Raja Louis XVI tergantung di bilik yang dilengkapi perabot berwarna merah hati . Ukiran-ukiran yang terlakar pada bingkai tingkap yang diperbuat daripada emas menambah sentuhan mewah dekorasi Eropah di kamar bapanya itu.

Hari ini, telah sebulan Antonio Abraham meninggalkan pentas okestra. Meninggalkan dunia glamor yang selama ini dikecapinya itu. Meninggalkan sisa harta yang dikatakan tersembunyi di sekitar Villa Antonio. Sebulan yang lepas, kecoh dikhabarkan mengenai kematian seorang konduktor yang berasal dari Austria. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar buat industri muzik klasik sekitar Eropah.

Adward mendekati sebuat foto besar Antonio Abraham yang tersergam di suatu sudut bersebelahan dengan almari buku-buku bapanya itu. Adward tersenyum. "Ayah dah mati, akhirnya...", Adward menarik nafas lega. Helaan nafas yang dihembusnya seolah-olah analogi kepada sebuah kebebasan. Adward menjengah kepalanya ke luar jendela. Dari situ, dia dapat melihat ruangan kamar Gonzales. Mungkinkah kini, abangnya itu nyenayk dibuai mimpi? Ya, mungkin saja. Mungkin juga, Gonzales sudah melemparkan baton konduktornya ke dalam bakul sampah. Kematian Antonio Abraham merupakan kunci kebebasan bagi kedua-dua adik beradik ini.Kebencian yang sudah lama terkunci di hati mereka tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pernah dia terdetik, mungkinkah mereka hanyalah anak pungut yang terpaksa dijaga oleh Antonio Abraham?

"Temponya salah!"
"Tiada makan malam sehingga kau selesai memperbetulkan kebodohan kau!",
"Ulang sekali lagi!"

Jerkahan-jerkahan sebegitu terngiang-ngiang di telinganya. Itu sahajakah ingatan yang ditinggalkan Antonio Abraham kepada mereka berdua? ya, hanya ingatan sebegitu yang tinggal.

Adward menghampiri almari buku besar yang mengandungi sejumlah besar manuskrip-manuskrip skor-skor terkenal daripada komposer-komposer muzik klasik seperti Mozart, Chopin dan Beethovan. Matanya tertancap pada sebuah ensiklopedia mengenai Rachmaninov. Buku itu ditarik keluar. Almari yang besar itu tiba-tiba bergerak. Dek kerana terkejut, Adward melompat kebelakang sambil memerhatikan almari yang besar itu berpusing. Apakah ini? Rahsia? Harta? Amari itu akhirnya berhenti dan membuka laluan kepada sebuah pintu yang membawanya ke sebuah bilik rahsia.

HARI INI

Gelap. Langit kelihatan muram. Angin petang menghembus dedaunan kering yang berhimpun di bawah peohonan Maple. Hening petang yang semakin menghampiri senja kelihatan hitam dek kerana dilindungi awan-awan berat yang kelabu. Antonio Gonzales menyelak langsir berat yang menutupi tingkap kacanya yang panjang. Pemandangan di luar Villa Antonio seakan-akan disihir. Cepat-cepat dia menyentap langsir itu apabila melihat sambaran petir yang berlalu menuju ke arah utara.

Gonzales menghampiri piano yang terletak di suatu sudut khas yang menempatkan piannya yang berwarna putih emas itu.Dalam keadaan longlai dia menghenyakkan punggungnya di kerusi. bilah-bilah piano ditenungya. Seketika itu juga, jarinya mula mengalunkan lagu ciptaan Beethovan, simfoni nombor 31. Alunan syahdu yang meruntun perasaan pendengarnya mula melingari kawasan pesekitaran Villa tua itu.

Sentuhan piano Gonzales seolah-olah meresap ke dalam dirinya. Keasyikan alunan muzik sedih itu tururt mempengaruhi tubuhnya untuk sama-sama meluahkan maksud yang terkandung di dalam lagu tersebut.

Ttok...ttok...ttok...
Alunan muzik sepi terhenti. Gonzales bingkas mendekati pintu.
"Oh, kamu...", ujar Gonzales lemah. Lelaki itu tersengih. Senyuman itu jelak itu mengandungi maksud sindiran yang dalam.